PENGUMUMAN PENTING
Adalah dimaklumkan bahawa berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bertarikh 27 September 2020 dan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 26 September 2020, Universiti Malaya telah memutuskan supaya pendaftaran secara bersemuka yang melibatkan pelajar dari NEGERI SABAH DAN KAWASAN ZON MERAH ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.
Lanjutan daripada kenyataan tersebut, semua pelajar yang berkaitan adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan tindakan berikut:
Universiti akan terus memantau perkembangan pandemik COVID-19 serta arahan terkini daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan akan membuat pengumuman lanjut dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03 7967 3216.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Malaya
29 September 2020